bedroom studio recording

Thursday, June 23, 2011

Home Studio Recording



Assalamualaikum wbt..

Atas permintaan ramai, akhirnya release jugak post ni. lama dah tersimpan, tp kena bnyk edit sebelum publish untuk tatapan umum. Cuma nak berkongsi ilmu setakat mana yang aku tau, atau boleh jugak aku share knowledge ytg korang ada. harap dapat betulkan kalau ada terkurang atau tersilap info.

Entry kali ini adalah berkisar mengenai 'home studio recording', iaitu kerja2 merakam bunyi. Kira macam buat studio rakaman kat rumah le. Sekarang ni dah zaman IT, zaman compact & mobility. Dengan teknologi yang ada, semua boleh dibawak ke mana2. Itu le untungnye kita ni. Bawah pokok pun dh boleh buat simple recording.

Kebelakangan ni, teknologi memang cepat berkembang. Rasanya dah lebih kurang 2 tahun aku kurang follow-up tentang teknologi terbaru home studio. Sampai ke hari ni aku masih guna Sonar 6 sebagai DAW (digital audio workstation). Memang dah selesa pakai yg ni. Biarpun skrang ni dah bnyk keluar version baru. Yg terbaru Sonar X1.

Apa itu DAW? DAW stand for 'Digital Audio Workstation' iaitu computer program untuk audio recording / editing. Lain dari tu ada jugak program lain seperti Lives (Ableton), Cubase (Steinberg), Pro Tools, Guitar Pro, FL Studio ....

Dalam melengkapkan penghasilan sesebuah karya atau lagu tentunya membabitkan penggunaan peralatan muzik seperti gitar, drum, bass dan keyboard. Tentunya ramai pemuzik terutamanya gitaris mempunyai banyak idea untuk menghasilkan lagu. Jangan biarkan idea tu hilang macam tu saja. Gunakan teknologi yang ada. Dengan Virtual Studio Technology (VST), anda mampu untuk generate track sound untuk keyboard, drum dan bass tanpa menggunakan instrument sebenar.

Cukup mudah kan, hanya dengan sebuah laptop pun kita boleh compose lagu, walaupun tanpa alat muzik. Apa yang perlu ada ialah samaada sebuah desktop PC ataupun laptop. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, pc/laptop mesti kena power, itu sudah tentu. Audio device atau soundcard juga beri peranan yg penting dlm kerja2 recording. Seelok-eloknya cari lah yg mampu untuk support program VST. Diagram kat bawah ni menunjukkan setup yg menggunakan external audio device iaitu Toneport UX2.

Dari pengalaman yg ada ni , harap dapat manfaat pada korang semua. Aku pun belajor sendiri je. Trial & error. Dan aku buat recording pun untuk suka2 je, minat & hobi. Takde cari makan pun dengan muzik.

Ok, moga berjumpa lagi dlm entry yg lain..
Music playlist dlm blog ni adalah kerja2 recording aku sebelum ni. kerja suka2. kira jamming dlm bilik je la..

my recording setup

No comments:

Post a Comment