bedroom studio recording

Tuesday, July 5, 2011

Recording with Cakewalk Sonar 6 (to record an audio)

Kali ni aku tunjukkan pulak step untuk recording. Masih lg merapu dlm English.

1. Choose the audio inputs for the track(s) you want to record. pastikan ianya adalah audio track, bukan MIDI track.
2. Arm the tracks for recording. The Clips pane next to each armed track will turn into red when the track is armed.
3. Set the Now time to the point in the project where you want to start recording.
4. Click record button, or press R.
5. Play or perform the material you want to record.
6. Press spacebar to stop.
7. Press spacebar again to playback.

As you record, SONAR displays a waveform preview of the new material in the Clips pane, unless you've turned off the Display Waveform Preview option on the General tab of the Global Options dialog (Options-Global command). If you've turned off the option, SONAR displays a red swath along the area of the Clips pane where you're recording.

Recording with Cakewalk Sonar 6 (audio signal routing)

Buses are useful for mixing together different audio tracks (in stereo) and applying effects to the mix. You can mix the tracks at different volume levels by adjusting each track's bus send level. Buses output to either other buses or to a main out.

Apa yang disebut sebagai 'bus' ni bukanlah bas kilang, basikal ataupun geng bas sekolah. Tapi ianya adalah satu channel / track yang terdapat dalam rantaian audio signal, dan boleh juga anda menambah bilangannya mengikut keperluan. Pada bus track ni ini juga boleh diaplikasikan audio effect seperti reverb, delay, EQ dan sebagainya. Kalau nak digambarkan audio signal routing ni, mungkin boleh diterjemahkan melalui figure berikut:

Tuesday, June 28, 2011

Recording with Cakewalk Sonar 6 (track view mode)

track view mode




Lepas setup audio device, kita berkenal-kenalan la pulak dengan interface pada program sonar. Ada beberapa view mode kat sini, macam track view, console view, synth rack, tempo, piano roll view, marker. Ini adalah yang biasa digunakan. Nak dijelaskan satu persatu memang panjang. Tp untuk peringkat basic ni, kita cerita dulu pasal track mode. Boleh check view2 ni kat menubar > view.

Proses recording lebih sesuai dibuat pada view ni sebab kita boleh nampak timeline tu bergerak sama ada masa recording atau playback. Dan kita boleh nampak jugak hasil recording dalam bentuk wave form. Di sebelah kiri adalah ruangan untuk track. Ada banyak track yang kita boleh add kemudiannya. Apayang perlu anda tahu adalah; terdapat 2 jenis track iaitu audio track dan MIDI track. MIDI stand for Musical Instrument Digital Interface. Untuk record gitar atau punca dari mic tentulah kita guna audio track. MIDI ni gunanya untuk VSTI program mcm EZ Drummer untuk generate bunyi drum. Untuk virtual instrument le ni.

Seperkara lagi yang perlu diingatkan, pastikan button untuk 'Run/Stop Audio Engine' menyala dgn kaler hijau. Itu menunjukkan audio device atau soundcard anda berfungsi.

Yang lain2 anda boleh try explore sendiri pada ruangan track; macamana nak insert/add track, move, clone, rename atau untuk delete track. Cuba main2 dengan right click.

Recording with Cakewalk Sonar 6 (audio option / setup)



Sambungan daripada entry yg lepas. Ok, Kalau dah install & instrument dah ready,
Jom.,, lets gi.

Next, setup pada program Sonar itu sendiri. Open program Sonar, create new project file.
On menu bar, cari Option > Audio, akan keluar satu paparan macam ni:



Ini adalah paparan untuk audio option, yang mana anda perlu assign soundcard kepada program sonar itu sendiri. Cuba apply available audio device untuk 'Playback Timing Master' & 'Record Timing Master'. Sampling rate try enter 44100. 'Buffer Size' kalau set to 'fast' mungkin akan menyebabkan audio crash. Bergantung kepada keupayaan soundcard anda.

Saturday, June 25, 2011

Recording with Cakewalk Sonar 6 (introduction)

Mungkin ramai yang dah pernah dengar pasal Sonar. Apa dia tu? Ini adalah satu program atau software untuk audio recording & editing. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk kat sini -----> http://www.cakewalk.com/products/SONAR/X1-Producer/ . silalah baca kalau rajin.

Dah lama aku guna software ni. Sebelum ni pernah jugak pakai Cubase, Lives & Guitar Track. Tapi rasa macam tak ngam. Tak tau le kenapa. Kalau kat KL, software2 ni rasanya boleh dapat lagi kat shopping mall mcm kat Pandan Capitol, The Mines.

Kalau dah ada software nye, kena la ada laptop ataupun desktop PC. Processor mestilah mampu untuk buat audio processing. Desktop PC yg aku pakai sebelum ni kalau tak silap guna Pentium Core 2 Duo. Soundcard digalakkan guna yang ada 'zero latency' macam M-Audio, EMU. Yang aku pakai sekarang ni Line 6 Toneport UX2. Yg ni jenis external (USB). Harga boleh tahan, Masa beli dulu kalau tak silap RM700. Tp pueh ati pakai. Siap ada amp modeller. <- (kalau rajin nanti aku cerita pasal amp modeller pulak). Nak bawak gi jamming pun boleh.

Kalau pakai soundcard biasa sama ada built-in atau pci slot aku tak pasti macam mana hasilnya. Kalau setakat nak record gitar mungkin boleh, cuba le dulu,

Diagram kat bawah ni ialah aku punye setup. Selalunya guna Toneport je sebab dah ada amp modeller & pedal effects dalam tu (chorus / reverb / delay...).
Kadang2 je aku pakai GT-8 itu pun Kalau rajin


Okay..Kali ni aku mau bagi intro sikit on how tu get start with sonar. Yg aku pakai ni Cakewalk Sonar 6 Producer Edition. Mungkin kita boleh concentrate pasal recording dengan electric atau semi electric guitar. Yg ni takde guna mic. Janji gitar ada output jack. Kalau takde soundcard yang canggih tu, try dulu dgn soundcard biasa.

Pertama sekali, persiapkan instrument anda dulu. Pastikan gitar ada output jack. Kalau gitar kapok tu, kena le ada pick-up tambahan untuk disambungkan ke PC. Guna adaptor untuk convert jack 1/4" kepada 1/8". Kalau ada guitar multieffect processor macam GT-8 atau ME-50 lagi cantek. Kalau nak pakai single stompbox pun takde masalah. Then, connect cable gitar tu pada 'Line in' kat soundcard pada PC anda.


Ok, sampai sini dulu..
to be continue..

Thursday, June 23, 2011

Home Studio Recording



Assalamualaikum wbt..

Atas permintaan ramai, akhirnya release jugak post ni. lama dah tersimpan, tp kena bnyk edit sebelum publish untuk tatapan umum. Cuma nak berkongsi ilmu setakat mana yang aku tau, atau boleh jugak aku share knowledge ytg korang ada. harap dapat betulkan kalau ada terkurang atau tersilap info.

Entry kali ini adalah berkisar mengenai 'home studio recording', iaitu kerja2 merakam bunyi. Kira macam buat studio rakaman kat rumah le. Sekarang ni dah zaman IT, zaman compact & mobility. Dengan teknologi yang ada, semua boleh dibawak ke mana2. Itu le untungnye kita ni. Bawah pokok pun dh boleh buat simple recording.

Kebelakangan ni, teknologi memang cepat berkembang. Rasanya dah lebih kurang 2 tahun aku kurang follow-up tentang teknologi terbaru home studio. Sampai ke hari ni aku masih guna Sonar 6 sebagai DAW (digital audio workstation). Memang dah selesa pakai yg ni. Biarpun skrang ni dah bnyk keluar version baru. Yg terbaru Sonar X1.

Apa itu DAW? DAW stand for 'Digital Audio Workstation' iaitu computer program untuk audio recording / editing. Lain dari tu ada jugak program lain seperti Lives (Ableton), Cubase (Steinberg), Pro Tools, Guitar Pro, FL Studio ....

Dalam melengkapkan penghasilan sesebuah karya atau lagu tentunya membabitkan penggunaan peralatan muzik seperti gitar, drum, bass dan keyboard. Tentunya ramai pemuzik terutamanya gitaris mempunyai banyak idea untuk menghasilkan lagu. Jangan biarkan idea tu hilang macam tu saja. Gunakan teknologi yang ada. Dengan Virtual Studio Technology (VST), anda mampu untuk generate track sound untuk keyboard, drum dan bass tanpa menggunakan instrument sebenar.

Cukup mudah kan, hanya dengan sebuah laptop pun kita boleh compose lagu, walaupun tanpa alat muzik. Apa yang perlu ada ialah samaada sebuah desktop PC ataupun laptop. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, pc/laptop mesti kena power, itu sudah tentu. Audio device atau soundcard juga beri peranan yg penting dlm kerja2 recording. Seelok-eloknya cari lah yg mampu untuk support program VST. Diagram kat bawah ni menunjukkan setup yg menggunakan external audio device iaitu Toneport UX2.

Dari pengalaman yg ada ni , harap dapat manfaat pada korang semua. Aku pun belajor sendiri je. Trial & error. Dan aku buat recording pun untuk suka2 je, minat & hobi. Takde cari makan pun dengan muzik.

Ok, moga berjumpa lagi dlm entry yg lain..
Music playlist dlm blog ni adalah kerja2 recording aku sebelum ni. kerja suka2. kira jamming dlm bilik je la..

my recording setup

Sunday, February 20, 2011




22 Februari 2011, dah 19 tahun Allahyarham Sudirman Haji Arshad meninggalkan kita. hingga ke hari ini, rasanya masih takde sorang pun yg dapat menggantikan tempat allahyarham.. One in a million, aku cukup kagum dengan sifat yang dimiliki beliau. Dari kecik lagi aku memang minat beliau. Ketokohannya cukup terserlah, bukan setakat penyanyi, juga seorang pelakon, penulis, pelukis kartun, usahawan dan juga serang peguam (sebelum menceburi bidang seni) .

Walaupun tak pernah bertemu muka, tapi lagu-lagunnya cukup dekat di hati pendengar. Lagu-lagunya banyak menggambarkan tentang kehidupan rakyat serta memahami budaya dan cara hidup orang kita. Ada untuk pelajar sekolah, pekerja kilang, jururawat dan gadis desa dan banyak lagi. Ada jugak lagu sentimental berkisar kepada alam percintaan hingga kepada lagu-lagu berunsur nasihat, patriotik, keamanan sejagat dan mencintai tuhan.

Aku cukup tertarik dengan lakonannya dalam filem tunggal beliau; 'KAMI', memang cukup besar maknanya. Beliau berjaya watak seorang budak terbiar dengan begitu berkesan sekali. Sampai skrang ni aku masih ulang tayang cerita tu, ntah untuk berapa kalinya. Antara filem faveret aku selain Bukit Kepong.

Satu perkara yang cukup aku ialah kejayaannya menghiburkan peminat dalam satu konsert percuma di jalan Chow Kit pada thn 1986. Sudah pun tercatat dalam Malaysia Book Of Records. Konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel dan dewan konsert, sekaligus memberitahu kita Sudirman bukan materialistik. Tahun 1986, aku baru darjah 1 time tu. Ada jugak dengo2 pasal Chow Kit. Tapi tak ambil peduli pun. Main guli lg best.

Al- Fatihah buat Allahyarham..

Malam ni ada tayangan biografi Sudirman di History Channel(Saluran Astro 555) pada 20 (10 malam). Ulangan pada 22 (11 malam) dan 23 Februari (9 malam) kena tengok ni..





Tuesday, February 15, 2011

Sunday, February 6, 2011

Insyaallah (Malay Version)

Posting pertama untuk tahun ni 2011.
Tgh drive dari Ktn ke KL, terdengar satu lagu yg disiarkan di radio. Mungkin lagu ni agak familiar pada pendengaran anda, tapi kali ni disampaikan dalam versi bahasa Melayu la pulak.



Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah… InsyaAllah…
InsyaAllah… Ada Jalannya…

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa…
Kerana Allah bersamamu…

[chorus]

Kembalilah….
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah…
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar…Jalan yang benar..
Jalan yang benar…

[chorus]


Syabas buat brader ni; Maher Zain kerana berjaya membawa nilai-nilai Islam dalam albumnya. Kena beli yang original ni.

Sekeras-keras minat aku melayan rock / metal pun ada minat jugak lagu dakwah ni..