bedroom studio recording

Saturday, June 25, 2011

Recording with Cakewalk Sonar 6 (introduction)

Mungkin ramai yang dah pernah dengar pasal Sonar. Apa dia tu? Ini adalah satu program atau software untuk audio recording & editing. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk kat sini -----> http://www.cakewalk.com/products/SONAR/X1-Producer/ . silalah baca kalau rajin.

Dah lama aku guna software ni. Sebelum ni pernah jugak pakai Cubase, Lives & Guitar Track. Tapi rasa macam tak ngam. Tak tau le kenapa. Kalau kat KL, software2 ni rasanya boleh dapat lagi kat shopping mall mcm kat Pandan Capitol, The Mines.

Kalau dah ada software nye, kena la ada laptop ataupun desktop PC. Processor mestilah mampu untuk buat audio processing. Desktop PC yg aku pakai sebelum ni kalau tak silap guna Pentium Core 2 Duo. Soundcard digalakkan guna yang ada 'zero latency' macam M-Audio, EMU. Yang aku pakai sekarang ni Line 6 Toneport UX2. Yg ni jenis external (USB). Harga boleh tahan, Masa beli dulu kalau tak silap RM700. Tp pueh ati pakai. Siap ada amp modeller. <- (kalau rajin nanti aku cerita pasal amp modeller pulak). Nak bawak gi jamming pun boleh.

Kalau pakai soundcard biasa sama ada built-in atau pci slot aku tak pasti macam mana hasilnya. Kalau setakat nak record gitar mungkin boleh, cuba le dulu,

Diagram kat bawah ni ialah aku punye setup. Selalunya guna Toneport je sebab dah ada amp modeller & pedal effects dalam tu (chorus / reverb / delay...).
Kadang2 je aku pakai GT-8 itu pun Kalau rajin


Okay..Kali ni aku mau bagi intro sikit on how tu get start with sonar. Yg aku pakai ni Cakewalk Sonar 6 Producer Edition. Mungkin kita boleh concentrate pasal recording dengan electric atau semi electric guitar. Yg ni takde guna mic. Janji gitar ada output jack. Kalau takde soundcard yang canggih tu, try dulu dgn soundcard biasa.

Pertama sekali, persiapkan instrument anda dulu. Pastikan gitar ada output jack. Kalau gitar kapok tu, kena le ada pick-up tambahan untuk disambungkan ke PC. Guna adaptor untuk convert jack 1/4" kepada 1/8". Kalau ada guitar multieffect processor macam GT-8 atau ME-50 lagi cantek. Kalau nak pakai single stompbox pun takde masalah. Then, connect cable gitar tu pada 'Line in' kat soundcard pada PC anda.


Ok, sampai sini dulu..
to be continue..

No comments:

Post a Comment