bedroom studio recording

Tuesday, June 28, 2011

Recording with Cakewalk Sonar 6 (track view mode)

track view mode




Lepas setup audio device, kita berkenal-kenalan la pulak dengan interface pada program sonar. Ada beberapa view mode kat sini, macam track view, console view, synth rack, tempo, piano roll view, marker. Ini adalah yang biasa digunakan. Nak dijelaskan satu persatu memang panjang. Tp untuk peringkat basic ni, kita cerita dulu pasal track mode. Boleh check view2 ni kat menubar > view.

Proses recording lebih sesuai dibuat pada view ni sebab kita boleh nampak timeline tu bergerak sama ada masa recording atau playback. Dan kita boleh nampak jugak hasil recording dalam bentuk wave form. Di sebelah kiri adalah ruangan untuk track. Ada banyak track yang kita boleh add kemudiannya. Apayang perlu anda tahu adalah; terdapat 2 jenis track iaitu audio track dan MIDI track. MIDI stand for Musical Instrument Digital Interface. Untuk record gitar atau punca dari mic tentulah kita guna audio track. MIDI ni gunanya untuk VSTI program mcm EZ Drummer untuk generate bunyi drum. Untuk virtual instrument le ni.

Seperkara lagi yang perlu diingatkan, pastikan button untuk 'Run/Stop Audio Engine' menyala dgn kaler hijau. Itu menunjukkan audio device atau soundcard anda berfungsi.

Yang lain2 anda boleh try explore sendiri pada ruangan track; macamana nak insert/add track, move, clone, rename atau untuk delete track. Cuba main2 dengan right click.

No comments:

Post a Comment