22 Februari 2011, dah 19 tahun Allahyarham Sudirman Haji Arshad meninggalkan kita. hingga ke hari ini, rasanya masih takde sorang pun yg dapat menggantikan tempat allahyarham.. One in a million, aku cukup kagum dengan sifat yang dimiliki beliau. Dari kecik lagi aku memang minat beliau. Ketokohannya cukup terserlah, bukan setakat penyanyi, juga seorang pelakon, penulis, pelukis kartun, usahawan dan juga serang peguam (sebelum menceburi bidang seni) .
Walaupun tak pernah bertemu muka, tapi lagu-lagunnya cukup dekat di hati pendengar. Lagu-lagunya banyak menggambarkan tentang kehidupan rakyat serta memahami budaya dan cara hidup orang kita. Ada untuk pelajar sekolah, pekerja kilang, jururawat dan gadis desa dan banyak lagi. Ada jugak lagu sentimental berkisar kepada alam percintaan hingga kepada lagu-lagu berunsur nasihat, patriotik, keamanan sejagat dan mencintai tuhan.
Malam ni ada tayangan biografi Sudirman di History Channel(Saluran Astro 555) pada 20 (10 malam). Ulangan pada 22 (11 malam) dan 23 Februari (9 malam) kena tengok ni..

Aku cukup tertarik dengan lakonannya dalam filem tunggal beliau; 'KAMI', memang cukup besar maknanya. Beliau berjaya watak seorang budak terbiar dengan begitu berkesan sekali. Sampai skrang ni aku masih ulang tayang cerita tu, ntah untuk berapa kalinya. Antara filem faveret aku selain Bukit Kepong.
Satu perkara yang cukup aku ialah kejayaannya menghiburkan peminat dalam satu konsert percuma di jalan Chow Kit pada thn 1986. Sudah pun tercatat dalam Malaysia Book Of Records. Konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel dan dewan konsert, sekaligus memberitahu kita Sudirman bukan materialistik. Tahun 1986, aku baru darjah 1 time tu. Ada jugak dengo2 pasal Chow Kit. Tapi tak ambil peduli pun. Main guli lg best.

Al- Fatihah buat Allahyarham..
Malam ni ada tayangan biografi Sudirman di History Channel(Saluran Astro 555) pada 20 (10 malam). Ulangan pada 22 (11 malam) dan 23 Februari (9 malam) kena tengok ni..
amboi minat betul nampak nyer...
ReplyDeleteada le sikit2
ReplyDelete