bedroom studio recording

Sunday, November 28, 2010

hikayat si ayam bapak



Hari ahad dtg lagi, tak jadi pulak plan nak rewang ke bandar hari ni. badan pun tak berapa sehat, selsema tak ilang lg. lepas mkn tghari berlaukkan beberapa ketul ayam masak merah, (kenyang tul) terus ke rumah tok, tak jauh mana pun, naik moto je. sesampai je, mcm biase le, terus ke reban ayam mencari jantan bapak yg garang tu. untuk pengetahuan, ayam ni spesel sikit. spesis ayam bandar yg kita gelar ayam israel. taktau le ngape org bagi nama ni. rupenye garang body montok semacam, banyak isi. goreng pon sodap.! kalau jumpe orang yg dia tak biasa memang dia kejar. termasuklah budak kecik pun dia nak ligan. tarak kesian punye. dgn aku pun dia nk terkam tp aku lawan balik, seronok jugak, berlawan dgn ayam bapak. berbirat jgk lengan kena cakar. heheh.

tp hari ni takde pulak jantan ni. mana le peginya. biasanye kalau nampak aku terus dia terkam mcm nk makan orang, garang sngt le kononnye tu. setelah dikaji selidik dan disoal siasat, akhirnye taulah aku yg ayam tu dah disembelih buat lauk. dah sampai ajalnye. dan lauk yg aku makan tghari tadi tu lah dianya. patutlah sedap. eii ayam selamat lah ngkau dalam perut aku. lps ni takde geng dah nak berlawan.




the anger



Monday, October 11, 2010

101010 Majlis Perkahwinan Hafiz & Lini

Semalam, 10.10.2010 adalah hari bahagia bagi insan yg melangsungkan perkahwinan. Dan tarikh semalam juga adalah hari bersejarah untuk aku kerana pertama kali menjadi jurugambar untuk majlis kenduri perkahwinan. 1st time punye job ni beb,, member aku jugaklah yg kawin tu. takde la segan sngt. terima kasih kepada beliau yg telah memberi peluang untuk aku mencuba kebolehan yg ada. gelabah sekejap bila tengok gamba gelap je.. dpt settle masalah tu lps tukar bateri flash. legaa..lps tu shoot dgn penuh bersemangat. alhamdulillah selesai dh satu tugas. lalu aku pulang ke rumah dgn rasa puas. sampai rumah aku pun demam. dpt mc dua hari. hehehr

Monday, October 4, 2010

naga terbang

ini le penangan lense mahal. aku jual gitar pun belum tentu boleh dpt. terima kasih pada tuan punye lense atas tunjuk ajar.

Thursday, August 26, 2010

siri bercakap dengan kambing

tak tau apa nk taip dlm blog ni. ini le jadinye.
kesah seorang lelaki yg nk mintak sewa kandang dari sekor kambeng yg degil..

tak paham?? buat2 paham je la. hehe wooarrghhh..!

Saturday, July 17, 2010

Pantai Kemasik





Jalan-jalan dgn suku sakat ahli keluarga, sampai ke pantai Kemasik kat trganu tu. mcm tak penah jumpe laut budak2 ni, enjoy tak ingat dunia. seronok tengok budak2 ni main air, drp takat lipat seluar sampai le telanjang bulat pun ada. hehehe ., gambonye tak leh le nk tunjuk kat sini, 18sx.. silap benor le tak bawak seluar mandi..





Thursday, June 17, 2010

jalan-jalan cari pasal


















Dari KL naik tren pukul 10 mlm, bertemankan sorang bodyguard (tq azri, hehe). Sampai stesen Arau lebeh kurang 10am.
2 hari kat Arau, tak cukup tu. Kena pulak time padi tgh hijau. Memang tenang dok kat sini, sambil baring atas rel, tengok langit, takde org kacau (cari pasal tu). Ada motor sebijik, jadi...Ptg tu jugak kami ronda2 buat mcm kampung sendiri.Lokasi lain yg sempat singgah; Gua Kerbau kat Ko'diang, kampung nelayan Kuala Perlis, Banyak jugak snap gamba, tak larat nak upload dah.

Monday, January 25, 2010